Pages

Sunday, June 29, 2014

Tingkatan puasa


 
Ketahuilah bahawa puasa itu ada tiga darjatnya.

1.  Puasa umum: iaitu berpuasa dengan menahan perut dan faraj (kemaluan) dari mengecap kesyahwatannya, seperti yang telah berlalu huraiannya.
2.   Puasa khusus: iaitu puasa disertakan dengan mengekang pendengaran, penglihatan, lidah, tangan, kaki dan seluruh anggota dari melakukann perkara-perkara yang haram atau dosa.

3.  Puasa khususul–khusus: iaitu berpuasa dengan menyertakan semua yang tersebut di atas tadi dan menambah lagi dengan berpuasanya hati dari segala cita-cita yang kotor dan pemikiran-pemikiran keduniaan dan mengosongkan perhatian dari selain Allah azzawajalla sama sekali.

(postingan ini saya copy dari terjemah ihya ulumudin bahasa melayu malaysia)