Pages

Tuesday, June 24, 2014

satu permintaan Rasulullah SAW yang ditolak oleh Allah SWT

'Amir bin Said dari ayahnya berkata bahwa : "Satu waktu Rasulullah s.a.w. telah datang dari daerah berbukit. Ketika Rasulullah s.a.w. sampai di masjid Bani Mu'awiyah lalu beliau masuk ke dalam masjid dan menunaikan solat dua rakaat. Maka kami pun turut solat bersama dengan Rasulullah s.a.w. Kemudian Rasulullah s.a.w. berdoa dengan doa yang agak panjang kepada Allah s.w.t. Setelah selesai beliau berdoa maka Rasulullah s.a.w. pun berpaling kepada kami lalu bersabda yang bermaksud : "Aku telah bermohon kepada Allah s.w.t. tiga perkara, dalam tiga perkara itu cuma dia memperkenankan dua perkara sahaja dan satu lagi ditolak.

1. Aku telah bermohon kepada Allah s.w.t. supaya ia tidak membinasakan umatku dengan musim paceklik yang berkepanjangan. Permohonanku ini diperkenankan oleh Allah s.w.t.
2. Aku telah bermohon kepada Allah s.w.t. supaya umatku ini jangan dibinasakan dengan bencana tenggelam (seperti banjir besar yang telah melanda umat Nabi Nuh a.s.). Permohonanku ini telah diperkenankan oleh Allah s.w.t.


3. Aku telah bermohon kepada Allah s.w.t. supaya umatku tidak dibinasakan kerana perpecahan sesama mereka (peperangan antara sesama Islam). Tetapi permohonanku tidak diperkenankan (telah ditolak).

benar apa yang kita lihat hari ini muslim dan muslim saling berpecah belah, saling berperang, satu sama lain saling mengkafirkan. Semoga Allah melindungi kaum muslimin.Amiin