Pages

Tuesday, June 24, 2014

10 pesan Allah kepada nabi Musa A.S

                        Abul-Laits Assamarqandi meriwayatkan daripada sanadnya dari Jabir bin Abdillah r.a. berkata Rasulullah s.a.w. bersabda : "Allah s.w.t. telah memberikan kepada Nabi Musa bin Imran a.s. yaitu :

1.Wahai Musa jangan menyekutukan aku dengan suatu apa pun bahawa aku telah memutuskan bahawa api neraka akan menyambar muka orang-orang musyrikin. 
2. Taatlah kepada-Ku dan kedua orang tuamu nescaya Aku peliharamu dari  bahaya dan akan Akupanjangkan umurmu dan Aku hidupkan kamu dengan penghidupan yang baik. 
3.Jangan sekali-kali membunuh jiwa yang Aku haramkan kecuali dengan hak nescaya akan menjadi sempit bagimu dunia yang luas dan langit dengan semua penjurunya dan akan kembali engkau dengan murka-Ku ke dalam api neraka. 
4.Jangan sekali-kali sumpah dengan nama-Ku dalam dusta atau durhaka sebab Aku tidak akan membersihkan orang yang tidak mensucikan Aku dan tidak mengagung-agungkan nama-Ku. 
5. Jangan hasad dengki dan irihati terhadap apa yang Aku berikan kepada orang-orang, sebab penghasut itu musuh nikmat-Ku, menolak kehendak-Ku, membenci kepada pembahagian yang Akuberikan kepada hamba-hamba-Ku dan sesiapa yang tidak meninggalkan perbuatan tersebut, maka bukan daripada-Ku. 
6. Jangan menjadi saksi terhadap apa yang tidak engkau ketahui dengan benar-benar dan engkau ingati dengan akamu dan perasaanmu sebab Aku menuntut saksi-saksi itu dengan teliti atas persaksian mereka.
 7.Jangan mencuri dan jangan berzina dengan isteri tetanggamu sebab nescaya Aku tutup wajah-Kudaripadamu dan Aku tutup pintu-pintu langit daripadanya. 
8. Jangan menyembelih korban untuk selain dari-Ku sebab Aku tidak menerima korban kecuali yang disebut nama-Ku dan ikhlas untuk-Ku. 
9.Cintailah terhadap sesama manusia sebagaimana yang engkau suka terhadap dirimu sendiri. 
10. Jadikan hari Sabtu itu hari untuk beribadat kepada-Ku dan hiburlah anak keluargamu. 
           Kemudian Rasulullah s.a.w.  bersabda lagi : "Sesungguhnya Allah s.w.t. menjadikan hari Sabtu itu hari raya untuk Nabi Musa a.s. dan Allah s.w.t. memilih hari Juma'at sebagai hari raya untukku."