Dosa
manakah yang paling besar?, minum minuman yang memabukkan, berzina atau
membunuh. Itulah teka-teki sebagai inti khutbah Khalifah Ustman bin Affan r.a.
seperti yang diriwayatkan oleh Az-Zuhriy, dalam khutbah Ustman itu mengingatkan
umat agar berhati-hati terhadap minuman khamr atau arak. Sebab minuman yang
memabukkan itu sebagai pangkal perbuatan keji dan sumber segala dosa.
Dulu hidup seorang ahli ibadah yang selalu tekun beribadah ke masjid, lanjut
khutbah Khalifah Ustman. Suatu hari lelaki yang soleh itu berkenalan dengan
seorang wanita cantik. Kerana sudah terjatuh hati, lelaki itu menurut sahaja
ketika disuruh memilih antara tiga permintaannya, tentang kemaksiatan. Pertama
minum khamr, kedua berzina dan ketiga membunuh bayi. Mengira minum arak dosanya
lebih kecil daripada dua pilihan lain yang diajukan wanita pujaan itu, lelaki
soleh itu lalu memilih minum khamar tetapi apa yang terjadi, dengan minum arak
yang memabukkan itu malah dia melanggar dua kejahatan yang lain. Dalam keadaan
mabuk dan lupa diri, lelaki itu menzinai pelacur itu dan membunuh bayi di
sisinya. Kerana itulah hindarilah khamar, kerana minuman itu sebagai biang
keladi segala kejahatan dan perbuatan dosa. Ingatlah, iman dengan arak tidak
mungkin bersatu dalam tubuh manusia. Salah satu di antaranya harus keluar.
Orang yang mabuk mulutnya akan mengeluarkan kata-kata kufur, dan jika menjadi
kebiasaan sampai akhir ayatnya, ia akan kekal di neraka."
sumber : kitab tanbihul ghafilin