Pages

Sunday, June 29, 2014

puasa sunnah(tathawu)


 
Ketahuilah bahwasanya puasa tathawwu’ atau puasa sunnah itu dituntut untuk dilakukan pada hari-hari yang diutamakan oleh Islam. Dan keutamaan hari-harinya itu ada yang dihubungkan dengan tahun ada dengan bulan dan ada pula dengan minggu.

Yang dihubungkan dengan tahun sesudah  puasa Ramadhan ialah berpuasa pada hari Arafah, Hari Asura dan sepuluh hari pertama pada bulan Zulhijjah. Rasulullah s.a.w sendiri dikatakan  banyak berpuasa pada bulan Sya’ban. Ada sebuah Hadis mengatakan bahawa:

“Sebaik-baik berpuasa sesudah Ramadhan ialah berpuasa pada bulan Muharram, “karena Muharram itu adalah permulaan tahun Islam dan memulakan bulan itu dengan kebajikan m dituntut dan diutamakankan agar keberkahannya berterusan.
Ada Hadis yang lain: Apabila telah masuk separuh bulan Sya’ban, maka tiadalah disunnatkan berpuasa lagi, sehingga masuk pada bulan Ramadhan. Sebab itulah disunnatkan agar tiada berpuasa sebelum bulan Ramadhan beberapa hari.

Tiada dibolehkan berpuasa karena menyambut bulan Ramadhan dua hari ataupun tiga hari sebelum ketibaannya, melainkan jika hari sebelum ketibaannya, melainkan jika hari itu menjadi hari kebiasaannya ia berpuasa sunat (hari senin dan Khamis dan sebagainya). Setengah para sahabat telah melarang berpuasa pada bulan Rejab sebulan penuh, supaya ia tidak menyamai puasa dalam Ramadhan pula.

Adapun puasa yang dilakukan dalam setiap bulan itu, ialah pada permulaan bulan, pertengahannya dan akhirnya. Di pertengahannya ialah hari-hari putih, iaitu pada hari 13, 14 dan 15.

Manakala puasa mingguan pula disunnatkan pada hari senin, Kamis dan Jumat. Pada hari-hari itu bukan saja disunnatkan puasa, malah disunnatkan memperbanyakkan khairat dan sedekah, agar bertambah-tambah pula pahalanya dengan keberkatan hari dan masanya.
 
Sekarang telah jelaslah kepada kita diutamakan puasa, maka untuk menyempurnakannya hendaklah setiap Muslim memahami pengertian puasa yang sebenarnya dan rahasianya dalam menjernihkan hati dan menjalankan kesusahan yang dilakukan semata-mata karena Allah Ta'ala .

(postingan ini saya copy dari terjemah ihya ulumudin bahasa melayu malaysia)