Pages

Sunday, June 29, 2014

puasa sunnah(tathawu)


 
Ketahuilah bahwasanya puasa tathawwu’ atau puasa sunnah itu dituntut untuk dilakukan pada hari-hari yang diutamakan oleh Islam. Dan keutamaan hari-harinya itu ada yang dihubungkan dengan tahun ada dengan bulan dan ada pula dengan minggu.

Yang dihubungkan dengan tahun sesudah  puasa Ramadhan ialah berpuasa pada hari Arafah, Hari Asura dan sepuluh hari pertama pada bulan Zulhijjah. Rasulullah s.a.w sendiri dikatakan  banyak berpuasa pada bulan Sya’ban. Ada sebuah Hadis mengatakan bahawa:

“Sebaik-baik berpuasa sesudah Ramadhan ialah berpuasa pada bulan Muharram, “karena Muharram itu adalah permulaan tahun Islam dan memulakan bulan itu dengan kebajikan m dituntut dan diutamakankan agar keberkahannya berterusan.
Ada Hadis yang lain: Apabila telah masuk separuh bulan Sya’ban, maka tiadalah disunnatkan berpuasa lagi, sehingga masuk pada bulan Ramadhan. Sebab itulah disunnatkan agar tiada berpuasa sebelum bulan Ramadhan beberapa hari.

Tiada dibolehkan berpuasa karena menyambut bulan Ramadhan dua hari ataupun tiga hari sebelum ketibaannya, melainkan jika hari sebelum ketibaannya, melainkan jika hari itu menjadi hari kebiasaannya ia berpuasa sunat (hari senin dan Khamis dan sebagainya). Setengah para sahabat telah melarang berpuasa pada bulan Rejab sebulan penuh, supaya ia tidak menyamai puasa dalam Ramadhan pula.

Adapun puasa yang dilakukan dalam setiap bulan itu, ialah pada permulaan bulan, pertengahannya dan akhirnya. Di pertengahannya ialah hari-hari putih, iaitu pada hari 13, 14 dan 15.

Manakala puasa mingguan pula disunnatkan pada hari senin, Kamis dan Jumat. Pada hari-hari itu bukan saja disunnatkan puasa, malah disunnatkan memperbanyakkan khairat dan sedekah, agar bertambah-tambah pula pahalanya dengan keberkatan hari dan masanya.
 
Sekarang telah jelaslah kepada kita diutamakan puasa, maka untuk menyempurnakannya hendaklah setiap Muslim memahami pengertian puasa yang sebenarnya dan rahasianya dalam menjernihkan hati dan menjalankan kesusahan yang dilakukan semata-mata karena Allah Ta'ala .

(postingan ini saya copy dari terjemah ihya ulumudin bahasa melayu malaysia)

Tingkatan puasa


 
Ketahuilah bahawa puasa itu ada tiga darjatnya.

1.  Puasa umum: iaitu berpuasa dengan menahan perut dan faraj (kemaluan) dari mengecap kesyahwatannya, seperti yang telah berlalu huraiannya.
2.   Puasa khusus: iaitu puasa disertakan dengan mengekang pendengaran, penglihatan, lidah, tangan, kaki dan seluruh anggota dari melakukann perkara-perkara yang haram atau dosa.

3.  Puasa khususul–khusus: iaitu berpuasa dengan menyertakan semua yang tersebut di atas tadi dan menambah lagi dengan berpuasanya hati dari segala cita-cita yang kotor dan pemikiran-pemikiran keduniaan dan mengosongkan perhatian dari selain Allah azzawajalla sama sekali.

(postingan ini saya copy dari terjemah ihya ulumudin bahasa melayu malaysia) 

sunnah-sunnah puasa

Sunnat bagi orang yang berpuasa melewatkan sahur dan menyegerakan berbuka, iaitu dengan buah kurma atau dengan air sebelum bersembahyang. Sunnat baginya juga banyak bersedekah dalam bulan Ramadhan, banyak membaca Al-Quran duduk beri’tikaf dalam masjid pada 10 hari yang terakhir dari Ramadhan dan tiada keluar dari masjid itu, melainkan kerana sesuatu hajat saja. Tiada mengapa dia memakai bau-bauan yang wangi di dalam masjid, berakad nikah di situ, makan-minum dan tidur di dalamnya, membasuh tangan di dalam besin, yang semua itu mungkin diperlukan ketika ber’iktikaf di dalam masjid. 

perkara-perkara yang dilakukan bila batal puasa

Orang yang batal puasanya harus melakukan empat perkara:

1.            Qadha’: Kewajibannya umum ke atas setiap Muslim Mukallaf yang meninggalkan puasa dengan uzur ataupun tanpa uzur. Umpamanya, perempuan yang datang darah haidh harus mengqadha’kan puasanya, demikian pulalah orang yang murtad. Adapun orang kafir, anak kecil dan orang gila tidak wajib mengqadha’kan puasanya. Dan hukum mengqadha’kannya tidak wajib berturut-turut, tetapi bolehlah mengqadhakannya sesuka hatinya sama ada terpisah-pisah ataupun terkumpul.
2.            Kaffarah: Kewajibannya berlaku hanya ke atas orang yang bersetubuh pada siang Ramadhan, selainnya tidak dikenakan kaffarah. Adapun kaffarahnya ialah memerdekakan seorang hamba. Kiranya ia tidak mempunyai wang untuk menebus seorang hamba, maka berpuasalah ia dua bulan berturut-turut. Jika ia tidak mampu, maka hendaklah ia memberi makan kepada 60 orang miskin setiap seorang satu mud.
3.            Berhenti dari makan-minum dan sebagainya pada sisa harinya. Ini diwajibkan ke atas orang yang menderhaka perintah Allah, kerana tiada berpuasa ataupun kerana cuai pada perintah puasa (berbuka tanpa sebab atau seumpamanya). Maka hendaklah ia berhenti dari makan-minum, apabila ternyata ada seorang adil yang menyaksikan anak bulan pada hari syak (iaitu 30 Sya’ban), sedangkan orang ramai semuanya tiada berpuasa pula, maka hendaklah sekaliannya berhenti dari makan-minum dan sebagainya. Bagi orang yang sedang dalam pelayaran, berpuasalah adalah lebih utama daripada berbuka,

4.            Mengeluarkan fidyah, iaitu bagi orang yang mengandung atau ibu yang masih menyusukan bayinya, kerana khuatir kemudharatan ke atas bayi jika ia berpuasa. Maka dikeluarkan fidyah kerana tiada berpuasa itu, setiap hari satu mud gandum/beras kepada seorang miskin, kemudian puasa itu diqadha’kan. Begitu pula dengan orang tua yang sudah lanjut umurnya, tiada mampu untuk berpuasa, dikeluarkan fidyah satu mud juga.

(postingan ini saya copy dari terjemah ihya ulumudin bahasa melayu malaysia)

kewajiban-kewajiban lahiriah puasa

Adapun kewajiban lahiriah puasa enam perkara:

1.            Meneliti datangnya permulaan bulan Ramadhan dengan rukyah, iaitu dengan melihat anak bulan. Jika tiada terlihat, maka genapkanlah bulan Sya’ban 30 hari. Kami maksudkan, rukyah atau melihat itu, mestilah melalui ilmu pengetahuan dan ini dapat disahkan dengan penyaksian seorang adil (orang yang terkenal lurus perjalanannya dan tiada diragui boleh berbohong). Ini kalau penyaksian maksudnya Ramadhan.  Tetapi untuk penyaksian permulaan Syawal atau anak bulan Syawwal, dihukumkan tidak sah, melainkan dengan dua orang saksi adil, mengambil hukum yang lebih berat untuk menyempurnakan ibadat puasa. Barangsiapa mendengar seorag adil dan ia percaya dengan yakin apa yang disaksikannya tentang anak bulan itu tanpa apa-apa keraguan lagi bagi dirinya, maka wajiblah dia berpuasa meskipun kadhi atau hakim tiada menghukumkan sah penyaksiannya itu.
2.            Niat puasa pada setiap malam - mestilah dia berniat yang khas dan tetap bagi kefardhuan puasa kerana Allah Ta’ala.
3.            Menahan diri dari menyampaikan sesuatu benda ke dalam perutnya dengan sengaja tidak terlupakan dirinya sedang berpuasa. Kalau dilakukan yang demikian, maka rosaklah puasanya; iaitu dengan makan atau minum, memasukkan sesuatu melalui lubang hidung atau dubur. Tidak batal dengan bersuntik, berbekam, bercelak, memasukkan pembersih ke dalam telinga atau melalui zakar ataupun apa yang sampai ke perut tanpa disengajakan seperti debu jalan, ataupun seekor lalat termasuk ke dalam perutnya. Kalau air masuk ke dalam perut disebabkan berkumur-kumur tidak membatalkan puasa, kecuali jika dia terlalu berlebihan-lebihan dalam berkumur-kumur, maka perbuatan serupa membatalkan disebabkan kecuaian. Itulah yang dimaksudkan dengan perkataan dengan sengaja. Adapun perkataan tidak terlupa - dimaksudkan supaya ia terselamat dari lupa, kiranya ia terlupa, maka tidaklah dikira batal puasanya.
4.            Menahan diri dari persetubuhan tetapi kiranya dia bersetubuh dengan terlupa maka tiadalah dikira telah berbuka. Kiranya dia bersetubuh di sebelah malam, ataupun dia bermimpi, sehingga dia menjadi seorang junub di sebelah paginya, maka tiadalah ia dikirakan berbuka.
5.            Menahan diri dari sengaja mengeluarkan air mani dengan tujuan untuk bersetubuh ataupun tidak bersetubuh, sebab kelakuan yang demikian itu adalah membatalkan puasa. Bercium-ciuman dengan isteri atau bercumbu-cumbu dengannya tiada membatalkan puasa selagi tiada mengeluarkan mani, tetapi perbuatan semacam itu adalah makruh hukumnya kecuali jika dia seorang yang sudah tua, atau orang yang dapat menguasai dirinya (tidak takut keluar mani) maka bolehlah dia bercium-ciuman. Walau bagaimanapun meninggalkan kelakuan serupa ini adalah utama.
6.            Menahan diri dari muntah, sebab sengaja mengeluarkan muntah dari perutnya membatalkan puasa tetapi kalau termuntah dengan tidak sengaja, maka tidaklah batal puasanya. Dan sekiranya tertelan kahak dari kerongkongnya atau dari dadanya, tiadalah batal puasanya, kerana keringanan sebab tidak dapat ditahan, melainkan kalau dia menelannya sesudah kahak itu sampai ditengah mulutnya maka hal itu akan membatalkan puasanya.

(postingan ini saya copy dari terjemah ihya ulumudin bahasa melayu malaysia)
    

Friday, June 27, 2014

sembuh dengan puasa

kitab tadawi bisiyam ada beberapa versi di antaranya yang di karang oleh ulama ahlusunnah wal jamaah syeikh al azhar Asyeikh Mutawali Assa'rawi yang sudah di terjemahkan ke dalam bahasa Indonesia dan di tahqiq oleh  salafy dengan judul sehat dengan puasa bisa di cari di book google.


di sini saya menyajikan kitab tadawi bisiyam (berobat dengan puasa) karya syeikh Muhammad Ibrahim Salim


download disini

download doa kamilin (word)

بسم الله الرحمن الرحيم

اَللَّهُمَّ اجْعَلْناَ بِالْإِيْمَانِ كَامِلِيْنْ، وَلِلْفَرَآئِضِ مُؤَدِّيْنَ، وَلِلصَّلَاةِ حَافِظِيْنَ، وَلِلزَّكاَةِفَاعِلِيْنَ، وَلَمَاعِنْدَكَ طَالِبِيْنَ، وَلِعَفْوِكَ رَاجِيْنَ، وَبِالْهُدَى مُتَمَسِّكِيْنَ، وَعَنِ اللَّغْوِ مُعْرِضِيْنَ، وَفِى الدُّنْيَا زَاهِدِيْنَ، وَفِى الْأَخِرَةِ رَاغِبِيْنَ، وَبِالْقَضَآءِ رَاضِيْنَ، وَلِلنَّعْمَآءِ شَاكِرِيْنَ، وَعَلَى الْبَلَآءِ صَابِرِيْنَ، وَتَحْتَ لِوَآءِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ سَآئِرِيْنَ، وَاِلَى الْحَوْضِ وَارِدِيْنَ، وَاِلَى الْجَنَّةِ دَاخِلِيْنَ، وَمِنَ النَّارِ نَاجِيْنَ، وَعَلَى سَرِيْرِ الْكَرَامَةِ قَاعِدِيْنَ، وَمِنْ حُوْرٍ عِيْنٍ مُتَزَوِّجِيْنَ، وَمِنْ سُنْدُسٍ وَاِسْتَبْرَقٍ وَدِيْبَاجٍ مُتَلَبِّسِيْنَ، وَمِنْ طَعَامِ الْجَنَّةِ آَكِلِيْنَ، وَمِنْ لَبَنٍ وَعَسَلٍ مُصَفَّى شَارِبِيْنَ، بِأَكْوَابٍ وَاَبَارِيْقَ وَكَأْسٍ مَنْ مَعِيْنٍ، مَعَ الَّذِيْنَ اَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ مِنَ النَّبِيِّيْنَ وَالصِّدِّيْقِيْنَ وَالشُّهَدَآءِ وَالصَّالِحِيْنَ، وَحَسُنَ أُوْلَئِكَ رَفِيْقًا، ذَلِكَ الْفَضْلُ مِنَ اللهِ وَكَفَى بِاللهِ عَلِيْمًا. اَللَّهُمَّ اجْعَلْنَا فِى هَذَا الشَّهْرِ الشَّرِيْفَةِ الْمُبَارَكَةِ مِنَ السُّعَدَآءِ الْمَقْبُوْلِيْنَ، وَلاَ تَجْعَلْنَا مِنَ اْلأَشْقِيَآءِ الْمَرْدُوْدِيْنَ. وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَأَلِهِ وَصَحْبِهِ اَجْمَعِيْنَ، بِرَحْمَتِكَ يَآاَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ

Dengan nama Allah, Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Ya Allah, jadikanlah kami orang-orang yang sempurna imannya, yang melaksanakan kewajiban-
kewajiban terhadap-Mu, yang memelihara shalat, yang mengeluarkan zakat, yang mencari apa yang ada di sisi-Mu, yang mengharapkan ampunan-Mu, yang berpegang pada petunjuk, yang berpaling dari kebatilan, yang zuhud di dunia, yang menyenangi akherat , yang ridha dengan ketentuan, yang ber¬syukur atas nikmat yang diberikan, yang sabar atas segala musibah, yang berada di bawah panji-panji junjungan kami, Nabi Muhammad, pada hari kiamat, sampai kepada telaga (yakni telaga Nabi Muhammad) yang masuk ke dalam surga, yang duduk di atas dipan kemuliaan, yang menikah de¬ngan para bidadari, yang mengenakan berbagai sutra ,yang makan makanan surga, yang minum susu dan madu yang murni dengan gelas, cangkir, dan cawan bersama orang-orang yang Engkau beri nikmat dari para nabi, shiddiqin, syuhada dan orang-orang shalih. Mereka itulah teman yang terbaik. Itulah keutamaan (anugerah) dari Allah, dan cukuplah bahwa Allah Maha Mengetahui.

Ya Allah, jadikanlah kami pada malam yang mulia dan diberkahi ini tergolong orang-orang yang bahagia dan diterima amalnya, dan janganlah Engkau jadikan kami tergolong orang-orang yang celaka dan ditolak amalnya,

Semoga Allah mencurahkan rahmat-Nya atas penghulu kita Muhammad, keluarga beliau dan shahabat beliau semuanya, berkat rahmat-Mu, oh Tuhan, Yang Paling Penyayang di antara yang penyayang.

Segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam

download format word disini

Keistimewaan bulan Ramadhan




Bulan Ramadhan merupakan bulan yang agung dan bulan yang di muliakan oleh Allah Jalla jalaluh, bukan hanya karena di wajibkannya puasa pada bulan ini akan tetapi banyak keutamaan di dalamnya di antaranya:

1. pada bulan ini Allah SWT menurunkan Al qur'an, juga kitab dan suhuf-suhuf  lain yang diturunkan Allah kepada para nabi dan rasul.


 قال تعالى: {شهر رمضان الذي أنزل فيه القرآن هدىً للناس وبينات من الهدى والفرقان} (البقرة:185)، وعن واثلة بن الأسقع رضي الله عنه أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال: (أنزلت صحف إبراهيم عليه السلام في أول ليلة من رمضان، وأنزلت التوراة لست مضين من رمضان، والإنجيل لثلاث عشرة خلت من رمضان، وأنزل الفرقان لأربع وعشرين خلت من رمضان) رواه أحمد


2. Pada bulan ini Allah SWT memerintahkan puasa sebulan penuh


وهو الشهر الذي فرض الله صيامه، فقال سبحانه: {يا أيها الذين آمنوا كتب عليكم الصيام كما كتب على الذين من قبلكم لعلكم تتقون} (البقرة:183).

3. bulan ini adalah bulan taubat, ampunan, penghapusan dosa dan keburukan

وهو شهر التوبة والمغفرة، وتكفير الذنوب والسيئات، فعن أبي هريرة رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: (الصلوات الخمس، والجمعة إلى الجمعة، ورمضان إلى رمضان، مكفرات لما بينهن إذا اجتنبت الكبائر) رواه مسلم، من صامه وقامه إيماناً بموعود الله، واحتساباً للأجر والثواب عند الله، غفر له ما تقدم من ذنبه، ففي "الصحيح" أن النبي صلى الله عليه وسلم قال: (من صام رمضان إيماناً واحتساباً غُفِر له ما تقدم من ذنبه)، وقال: (من قام رمضان إيماناً واحتساباً غفر له ما تقدم من ذنبه)، وقال أيضاً: (من قام ليلة القدر إيماناً واحتساباً غفر له ما تقدم من ذنبه). ومن أدركه فلم يُغفر له فقد رغم أنفه وأبعده الله، بذلك دعا عليه جبريل عليه السلام، وأمَّن على تلك الدعوة نبينا صلى الله عليه وسلم، فما ظنك بدعوة من أفضل ملائكة الله، يؤمّن عليها خير خلق الله.

4. Bulan ini adalah bulan pembebasan dari api neraka
وهو شهر العتق من النار، ففي حديث أبي هريرة رضي الله عنه: قال صلى الله عليه وسلم: (وينادي مناد: يا باغي الخير أقبل، ويا باغي الشر أقصر، ولله عتقاء من النار، وذلك كل ليلة) رواه الترمذي


5. Pada bulan ini pintu-pintu surga di buka, pintu-pintu neraka di tutup, syaitan-syaitan di belenggu


وفيه تفتح أبواب الجنان وتغلق أبواب النيران، وتصفد الشياطين، ففي الحديث المتفق عليه أن النبي صلى الله عليه وسلم قال: (إذا جاء رمضان فتحت أبواب الجنة، وغلقت أبواب النار، وصفدت الشياطين)، وفي لفظ (وسلسلت الشياطين)، أي: أنهم يجعلون في الأصفاد والسلاسل، فلا يصلون في رمضان إلى ما كانوا يصلون إليه في غيره.

6. Bulan kesabaran, karena puasa identik dengan rasa sabar.

وهو شهر الصبر، فإن الصبر لا يتجلى في شيء من العبادات كما يتجلى في الصوم، ففيه يحبس المسلم نفسه عن شهواتها ومحبوباتها، ولهذا كان الصوم نصف الصبر، وجزاء الصبر الجنة، قال تعالى: {إنما يوفى الصابرون أجرهم بغير حساب} (الزمر:10).

7. bulan Do'a

وهو شهر الدعاء، قال تعالى عقيب آيات الصيام: {وإذا سألك عبادي عني فإني قريب أجيب دعوة الداع إذا دعان} (البقرة:186) ، وقال صلى الله عليه وسلم: (ثلاثة لا ترد دعوتهم: الصائم حتى يفطر، والإمام العادل، ودعوة المظلوم) رواه أحمد.

8. bulan kedermawanan dan kebaikan

وهو شهر الجود والإحسان؛ ولذا كان صلى الله عليه وسلم -كما ثبت في الصحيح- أجود ما يكون في شهر رمضان.

9. pada bulan ini terdapat lailatul qodar yaitu malam yang Allah jadikan ibadah di dalamnya lebih baik daripada seribu bulan

وهو شهر فيه ليلة القدر، التي جعل الله العمل فيها خيراً من العمل في ألف شهر، والمحروم من حرم خيرها، قال تعالى: {ليلة القدر خير من ألف شهر} (القدر:3)، روى ابن ماجه عن أنس رضي الله عنه قال: دخل رمضان، فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم: (إن هذا الشهر قد حضركم، وفيه ليلة خير من ألف شهر، من حرمها فقد حرم الخير كله، ولا يحرم خيرها إلا محروم).









Tuesday, June 24, 2014

10 kelebihan umat nabi Muhammad SAWmenurut nabi Adam A.S

  Disebutkan bahwa Nabi Adam A.S telah berkata, "Sesungguhnya Allah s.w.t. telah memberikan kepada umat Muhammad s.a.w. empat kemuliaan yang tidak diberikan kepadaku:

·1.Taubatku hanya diterima di kota Mekah, sementara taubat umat Nabi Muhammad s.a.w .diterima di tempat manapun oleh Allah s.w.t.
2. Pada mulanya aku berpakaian, tetapi apabila aku berbuat durhaka kepada Allah s.w.t. maka Allah s.w.t. telah menjadikan aku telanjang. Umat Muhammad s.a.w. beruat durhaka dengan telanjang, tetapi Allah s.w.t. memberi mereka pakaian. 
3. Ketika aku telah burderhaka kepada Allah s.w.t., maka Allah s.w.t. telah memisahkan aku dengan isteriku. Tetapi umat Muhammad s.a.w. berbuat durhaka, Allah s.w.t. tidak memisahkan isteri mereka.

4. Memang benar aku telah durhaka kepada Allah s.w.t. dalam syurga dan aku dikeluarkan dari syurga, tetapi umat Muhammad s.a.w. durhaka kepada Allah s.w.t. akan dimasukkan ke dalam syurga apabila mereka bertaubat kepada Allah s.w.t.

12 azab meninggalkan sholat

                        Dalam sebuah hadis menerangkan bahawa Rasulullah s.a.w.  telah bersabda : "Barangsiapa yang mengabaikan solat secara berjemaah maka Allah s.w.t. akan mengenakan 12 tindakan yang bahaya ke atasnya.

 Tiga darinya akan dirasainya semasa di dunia ini antaranya :-
· Allah s.w.t. akan menghilangkan berkat dari usahanya dan begitu juga terhadap rezekinya.
· Allah s.w.t. mencabut nur orang-orang mukmin daripadanya.
· Dia akan dibenci oleh orang-orang yang beriman.

Tiga macam bahaya adalah ketika dia hendak mati, antaranya :
· Ruh dicabut ketika dia di dalam keadaan yang sangat haus walaupun ia telah meminum seluruh air laut.
· Dia akan merasa yang amat pedih ketika ruh dicabut keluar.
· Dia akan dirisaukan akan hilang imannya.

Tiga macam bahaya yang akan dihadapinya ketika berada di dalam kubur, antaranya
· Dia akan merasa susah terhadap pertanyaan malaikat mungkar dan nakir yang sangat menggerunkan.
· Kuburnya akan menjadi cukup gelap.
· Kuburnya akan menghimpit sehingga semua tulang rusuknya berkumpul (seperti jari bertemu jari).

Tiga lagi azab nanti di hari kiamat, antaranya :
· Hisab ke atasnya menjadi sangat berat.
· Allah s.w.t. sangat murka kepadanya.
· Allah s.w.t. akan menyiksanya dengan api neraka

10 orang yang sholatnya tidak diterima

Rasulullah s.a.w.  telah bersabda: "Siapa yang memelihara solat, maka solat itu sebagai cahaya baginya, petunjuk dan jalan selamat dan barangsiapa yang tidak memelihara solat, maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya, dan tidak juga menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya."
Rasulullah s.a.w.  telah bersabda bahawa : "10 orang solatnya tidak diterima oleh Allah s.w.t., di antaranya :

1. Seorang lelaki  yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.
2. Seorang yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.
3. Seorang lelaki yang menjadi imam, padahal orang yang menjadi makmum membencinya.
4. Seorang lelaki yang melarikan diri dari medan perang.
5. Seorang lelaki yang minum arak tanpa mau meninggalkannya (Taubat).
6. Seorang perempuan yang suaminya marah kepadanya.
7. Seorang perempuan yang mengerjakan solat tanpa memakai Hijab.
8. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim menganiaya.
9. Orang-orang yang suka makan riba'.
10. Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan           
     mungkar."

Sabda Rasulullah s.a.w.  : "Barang siapa yang solatnya itu tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemurkaan Allah s.w.t. dan jauh dari Allah s.w.t.."  Hassan r.a berkata : "Kalau solat kamu itu tidak dapat menahan kamu dari melakukan perbuatan mungkar dan keji, maka sesungguhnya kamu dianggap orang yang tidak mengerjakan solat. Dan pada hari kiamat nanti solatmu itu akan dilemparkan semula ke arah mukamu seperti satu bungkusan kain tebal yang buruk."

satu permintaan Rasulullah SAW yang ditolak oleh Allah SWT

'Amir bin Said dari ayahnya berkata bahwa : "Satu waktu Rasulullah s.a.w. telah datang dari daerah berbukit. Ketika Rasulullah s.a.w. sampai di masjid Bani Mu'awiyah lalu beliau masuk ke dalam masjid dan menunaikan solat dua rakaat. Maka kami pun turut solat bersama dengan Rasulullah s.a.w. Kemudian Rasulullah s.a.w. berdoa dengan doa yang agak panjang kepada Allah s.w.t. Setelah selesai beliau berdoa maka Rasulullah s.a.w. pun berpaling kepada kami lalu bersabda yang bermaksud : "Aku telah bermohon kepada Allah s.w.t. tiga perkara, dalam tiga perkara itu cuma dia memperkenankan dua perkara sahaja dan satu lagi ditolak.

1. Aku telah bermohon kepada Allah s.w.t. supaya ia tidak membinasakan umatku dengan musim paceklik yang berkepanjangan. Permohonanku ini diperkenankan oleh Allah s.w.t.
2. Aku telah bermohon kepada Allah s.w.t. supaya umatku ini jangan dibinasakan dengan bencana tenggelam (seperti banjir besar yang telah melanda umat Nabi Nuh a.s.). Permohonanku ini telah diperkenankan oleh Allah s.w.t.


3. Aku telah bermohon kepada Allah s.w.t. supaya umatku tidak dibinasakan kerana perpecahan sesama mereka (peperangan antara sesama Islam). Tetapi permohonanku tidak diperkenankan (telah ditolak).

benar apa yang kita lihat hari ini muslim dan muslim saling berpecah belah, saling berperang, satu sama lain saling mengkafirkan. Semoga Allah melindungi kaum muslimin.Amiin

minuman keras sumber segala dosa

Dosa manakah yang paling besar?, minum minuman yang memabukkan, berzina atau membunuh. Itulah teka-teki sebagai inti khutbah Khalifah Ustman bin Affan r.a. seperti yang diriwayatkan oleh Az-Zuhriy, dalam khutbah Ustman itu mengingatkan umat agar berhati-hati terhadap minuman khamr atau arak. Sebab minuman yang memabukkan itu sebagai pangkal perbuatan keji dan sumber segala dosa.

               Dulu hidup seorang ahli ibadah yang selalu tekun beribadah ke masjid, lanjut khutbah Khalifah Ustman. Suatu hari lelaki yang soleh itu berkenalan dengan seorang wanita cantik. Kerana sudah terjatuh hati, lelaki itu menurut sahaja ketika disuruh memilih antara tiga permintaannya, tentang kemaksiatan. Pertama minum khamr, kedua berzina dan ketiga membunuh bayi. Mengira minum arak dosanya lebih kecil daripada dua pilihan lain yang diajukan wanita pujaan itu, lelaki soleh itu lalu memilih minum khamar tetapi apa yang terjadi, dengan minum arak yang memabukkan itu malah dia melanggar dua kejahatan yang lain. Dalam keadaan mabuk dan lupa diri, lelaki itu menzinai pelacur itu dan membunuh bayi di sisinya. Kerana itulah hindarilah khamar, kerana minuman itu sebagai biang keladi segala kejahatan dan perbuatan dosa. Ingatlah, iman dengan arak tidak mungkin bersatu dalam tubuh manusia. Salah satu di antaranya harus keluar. Orang yang mabuk mulutnya akan mengeluarkan kata-kata kufur, dan jika menjadi kebiasaan sampai akhir ayatnya, ia akan kekal di neraka."
sumber : kitab tanbihul ghafilin

azab meninggalkan shalat

   Seorang anak mendatangi Rasulullah s.a.w. sambil menangis. Peristiwa itu sangat mengharukan Rasulullah s.a.w.  yang sedang duduk bersama-sama sahabat yang lain. "Mengapa engkau menangis wahai anakku?" tanya Rasulullah s.a.w. "Ayahku telah meninggal tetapi tiada seorang pun yang datang melawat. Aku tidak mempunyai kain kafan, siapa yang akan memakamkan ayahku dan siapa pula yang akan memandikannya?" Tanya anak itu. Segeralah Rasulullah s.a.w.  memerintahkan Abu Bakar dan Umar untuk menjenguk jenazah itu. Betapa terperanjatnya Abu Bakar dan Umar, mayat itu berubah menjadi seekor babi hutan. Kedua sahabat itu lalu segera kembali melapor kepada Rasulullah s.a.w.

                        Maka datanglah sendiri Rasulullah s.a.w. ke rumah anak itu. Didoakan kepada Allah s.w.t.sehingga babi hutan itu kembali berubah menjadi jenazah manusia. Kemudian Rasulullah s.a.w. menyembahyangkannya dan meminta sahabat untuk memakamkannya. Betapa hairannya para sahabat, ketika jenazah itu akan dimakamkan berubah kembali menjadi babi hutan. Melihat kejadian itu, Rasulullah s.a.w. menanyakan anak itu apa yang dikerjakan oleh ayahnya selama hidupnya. "Ayahku tidak pernah mengerjakan solat selama hidupnya," jawab anak itu. Kemudian Rasulullah s.a.w.  bersabda kepada para sahabatnya, "Para sahabat, lihatlah sendiri. Begitulah akibatnya bila orang meninggalkan solat selama hidupnya. Ia akan menjadi babi hutan di hari kiamat."
sumber : kitab tanbihul ghafilin

10 pesan Allah kepada nabi Musa A.S

                        Abul-Laits Assamarqandi meriwayatkan daripada sanadnya dari Jabir bin Abdillah r.a. berkata Rasulullah s.a.w. bersabda : "Allah s.w.t. telah memberikan kepada Nabi Musa bin Imran a.s. yaitu :

1.Wahai Musa jangan menyekutukan aku dengan suatu apa pun bahawa aku telah memutuskan bahawa api neraka akan menyambar muka orang-orang musyrikin. 
2. Taatlah kepada-Ku dan kedua orang tuamu nescaya Aku peliharamu dari  bahaya dan akan Akupanjangkan umurmu dan Aku hidupkan kamu dengan penghidupan yang baik. 
3.Jangan sekali-kali membunuh jiwa yang Aku haramkan kecuali dengan hak nescaya akan menjadi sempit bagimu dunia yang luas dan langit dengan semua penjurunya dan akan kembali engkau dengan murka-Ku ke dalam api neraka. 
4.Jangan sekali-kali sumpah dengan nama-Ku dalam dusta atau durhaka sebab Aku tidak akan membersihkan orang yang tidak mensucikan Aku dan tidak mengagung-agungkan nama-Ku. 
5. Jangan hasad dengki dan irihati terhadap apa yang Aku berikan kepada orang-orang, sebab penghasut itu musuh nikmat-Ku, menolak kehendak-Ku, membenci kepada pembahagian yang Akuberikan kepada hamba-hamba-Ku dan sesiapa yang tidak meninggalkan perbuatan tersebut, maka bukan daripada-Ku. 
6. Jangan menjadi saksi terhadap apa yang tidak engkau ketahui dengan benar-benar dan engkau ingati dengan akamu dan perasaanmu sebab Aku menuntut saksi-saksi itu dengan teliti atas persaksian mereka.
 7.Jangan mencuri dan jangan berzina dengan isteri tetanggamu sebab nescaya Aku tutup wajah-Kudaripadamu dan Aku tutup pintu-pintu langit daripadanya. 
8. Jangan menyembelih korban untuk selain dari-Ku sebab Aku tidak menerima korban kecuali yang disebut nama-Ku dan ikhlas untuk-Ku. 
9.Cintailah terhadap sesama manusia sebagaimana yang engkau suka terhadap dirimu sendiri. 
10. Jadikan hari Sabtu itu hari untuk beribadat kepada-Ku dan hiburlah anak keluargamu. 
           Kemudian Rasulullah s.a.w.  bersabda lagi : "Sesungguhnya Allah s.w.t. menjadikan hari Sabtu itu hari raya untuk Nabi Musa a.s. dan Allah s.w.t. memilih hari Juma'at sebagai hari raya untukku." 


nama 313 ahlul badr

Diriwayatkan didalam shahih Bukhari ketika Rasul saw meminta pendapat kaum anshor untuk berperang di medan Badr maka salah seorang Kaum Anshor berkata : “Yaa Rasulallah kami akan bersamamu, kemanapun engkau pergi kami akan bersamamu kalau engkau masuk ke dalam lautan kami bersamamu ke dalam lautan,tidak satupun yang tersisa dari kami terkecuali ikut bersamamu ke dalam lautan, Barangkali kalau kami mati bersamamu bisa membuatmu gembira".
“datang Malaikat Jibril as pada Nabi saw dan berkata: apa pendapat kalian tentang ahlul Badr diantara kalian?, maka bersabda Rasulullah saw : mereka adalah muslimin yg paling mulia,(atau kalimat yg bermakna demikian), lalu berkata Jibril as : demikian pula yg mengikuti perang Badr dari kelompok malaikat, mereka malaikat yg terbaik” (Shahih Bukhari)
berikut nama-nama Ahlul badr :
1. Sayyidina Muhammad SAW.
2. Abu Bakar as-Siddiq ra.
3. Umar bin Khattab ra.
4. Utsman bin Affan ra.
5. Ali bin Abu Tholib ra.
6. Talhah bin ‘Ubaidillah ra.
7. Bilal bin Rabbah ra.
8. Hamzah bin Abdul Muttolib ra.
9. Abdullah bin Jahsyi ra.
10. Al-Zubair bin al-Awwam ra.
11. Mus’ab bin Umair bin Hasyim ra.
12. Abdur Rahman bin ‘Auf ra.
13. Abdullah bin Mas’ud ra.
14. Sa’ad bin Abi Waqqas ra.
15. Abu Kabsyah al-Faris ra.
16. Anasah al-Habsyi ra.
17. Zaid bin Harithah al-Kalbi ra.
18. Marthad bin Abi Marthad al-Ghanawi ra.
19. Abu Marthad al-Ghanawi ra.
20. Al-Husain bin al-Harith bin Abdul Muttolib ra.
21. ‘Ubaidah bin al-Harith bin Abdul Muttolib ra.
22. Al-Tufail bin al-Harith bin Abdul Muttolib ra.
23. Mistah bin Usasah bin ‘Ubbad bin Abdul Muttolib ra.
24. Abu Huzaifah bin ‘Utbah bin Rabi’ah ra.
25. Subaih (maula Abi ‘Asi bin Umaiyyah) ra.
26. Salim (maula Abu Huzaifah) ra.
27. Sinan bin Muhsin ra.
28. ‘Ukasyah bin Muhsin ra.
29. Sinan bin Abi Sinan ra.
30. Abu Sinan bin Muhsin ra.
31. Syuja’ bin Wahab ra.
32. ‘Utbah bin Wahab ra.
33. Yazid bin Ruqais ra.
34. Muhriz bin Nadhlah ra.
35. Rabi’ah bin Aksam ra.
36. Thaqfu bin Amir ra.
37. Malik bin Amir ra.
38. Mudlij bin Amir ra.
39. Abu Makhsyi Suwaid bin Makhsyi al-To’i ra.
40. ‘Utbah bin Ghazwan ra.
41. Khabbab (maula ‘Utbah bin Ghazwan) ra.
42. Hathib bin Abi Balta’ah al-Lakhmi ra.
43. Sa’ad al-Kalbi (maula Hathib) ra.
44. Suwaibit bin Sa’ad bin Harmalah ra.
45. Umair bin Abi Waqqas ra.
46. Al-Miqdad bin ‘Amru ra.
47. Mas’ud bin Rabi’ah ra.
48. Zus Syimalain Amru bin Amru ra.
49. Khabbab bin al-Arat al-Tamimi ra.
50. Amir bin Fuhairah ra.
51. Suhaib bin Sinan ra.
52. Abu Salamah bin Abdul Asad ra.
53. Syammas bin Uthman ra.
54. Al-Arqam bin Abi al-Arqam ra.
55. Ammar bin Yasir ra.
56. Mu’attib bin ‘Auf al-Khuza’i ra.
57. Zaid bin al-Khattab ra.
58. Amru bin Suraqah ra.
59. Abdullah bin Suraqah ra.
60. Sa’id bin Zaid bin Amru ra.
61. Mihja bin Akk (maula Umar bin al-Khattab) ra.
62. Waqid bin Abdullah al-Tamimi ra.
63. Khauli bin Abi Khauli al-Ijli ra.
64. Malik bin Abi Khauli al-Ijli ra.
65. Amir bin Rabi’ah ra.
66. Amir bin al-Bukair ra.
67. Aqil bin al-Bukair ra.
68. Khalid bin al-Bukair ra.
69. Iyas bin al-Bukair ra.
70. Uthman bin Maz’un ra.
71. Qudamah bin Maz’un ra.
72. Abdullah bin Maz’un ra.
73. Al-Saib bin Uthman bin Maz’un ra.
74. Ma’mar bin al-Harith ra.
75. Khunais bin Huzafah ra.
76. Abu Sabrah bin Abi Ruhm ra.
77. Abdullah bin Makhramah ra.
78. Abdullah bin Suhail bin Amru ra.
79. Wahab bin Sa’ad bin Abi Sarah ra.
80. Hatib bin Amru ra.
81. Umair bin Auf ra.
82. Sa’ad bin Khaulah ra.
83. Abu Ubaidah Amir al-Jarah ra.
84. Amru bin al-Harith ra.
85. Suhail bin Wahab bin Rabi’ah ra.
86. Safwan bin Wahab ra.
87. Amru bin Abi Sarah bin Rabi’ah ra.
88. Sa’ad bin Muaz ra.
89. Amru bin Muaz ra.
90. Al-Harith bin Aus ra.
91. Al-Harith bin Anas ra.
92. Sa’ad bin Zaid bin Malik ra.
93. Salamah bin Salamah bin Waqsyi ra.
94. ‘Ubbad bin Waqsyi ra.
95. Salamah bin Thabit bin Waqsyi ra.
96. Rafi’ bin Yazid bin Kurz ra.
97. Al-Harith bin Khazamah bin ‘Adi ra.
98. Muhammad bin Maslamah al-Khazraj ra.
99. Salamah bin Aslam bin Harisy ra.
100. Abul Haitham bin al-Tayyihan ra.
101. ‘Ubaid bin Tayyihan ra.
102. Abdullah bin Sahl ra.
103. Qatadah bin Nu’man bin Zaid ra.
104. Ubaid bin Aus ra.
105. Nasr bin al-Harith bin ‘Abd ra.
106. Mu’attib bin ‘Ubaid ra.
107. Abdullah bin Tariq al-Ba’lawi ra.
108. Mas’ud bin Sa’ad ra.
109. Abu Absi Jabr bin Amru ra.
110. Abu Burdah Hani’ bin Niyyar al-Ba’lawi ra.
111. Asim bin Thabit bin Abi al-Aqlah ra.
112. Mu’attib bin Qusyair bin Mulail ra.
113. Abu Mulail bin al-Az’ar bin Zaid ra.
114. Umair bin Mab’ad bin al-Az’ar ra.
115. Sahl bin Hunaif bin Wahib ra.
116. Abu Lubabah Basyir bin Abdul Munzir ra.
117. Mubasyir bin Abdul Munzir ra.
118. Rifa’ah bin Abdul Munzir ra.
119. Sa’ad bin ‘Ubaid bin al-Nu’man ra.
120. ‘Uwaim bin Sa’dah bin ‘Aisy ra.
121. Rafi’ bin Anjadah ra.
122. ‘Ubaidah bin Abi ‘Ubaid ra.
123. Tha’labah bin Hatib ra.
124. Unais bin Qatadah bin Rabi’ah ra.
125. Ma’ni bin Adi al-Ba’lawi ra.
126. Thabit bin Akhram al-Ba’lawi ra.
127. Zaid bin Aslam bin Tha’labah al-Ba’lawi ra.
128. Rib’ie bin Rafi’ al-Ba’lawi ra.
129. Asim bin Adi al-Ba’lawi ra.
130. Jubr bin ‘Atik ra.
131. Malik bin Numailah al-Muzani ra.
132. Al-Nu’man bin ‘Asr al-Ba’lawi ra.
133. Abdullah bin Jubair ra.
134. Asim bin Qais bin Thabit ra.
135. Abu Dhayyah bin Thabit bin al-Nu’man ra.
136. Abu Hayyah bin Thabit bin al-Nu’man ra.
137. Salim bin Amir bin Thabit ra.
138. Al-Harith bin al-Nu’man bin Umayyah ra.
139. Khawwat bin Jubair bin al-Nu’man ra.
140. Al-Munzir bin Muhammad bin ‘Uqbah ra.
141. Abu ‘Uqail bin Abdullah bin Tha’labah ra.
142. Sa’ad bin Khaithamah ra.
143. Munzir bin Qudamah bin Arfajah ra.
144. Tamim (maula Sa’ad bin Khaithamah) ra.
145. Al-Harith bin Arfajah ra.
146. Kharijah bin Zaid bin Abi Zuhair ra.
147. Sa’ad bin al-Rabi’ bin Amru ra.
148. Abdullah bin Rawahah ra.
149. Khallad bin Suwaid bin Tha’labah ra.
150. Basyir bin Sa’ad bin Tha’labah ra.
151. Sima’ bin Sa’ad bin Tha’labah ra.
152. Subai bin Qais bin ‘Isyah ra.
153. ‘Ubbad bin Qais bin ‘Isyah ra.
154. Abdullah bin Abbas ra.
155. Yazid bin al-Harith bin Qais ra.
156. Khubaib bin Isaf bin ‘Atabah ra.
157. Abdullah bin Zaid bin Tha’labah ra.
158. Huraith bin Zaid bin Tha’labah ra.
159. Sufyan bin Bisyr bin Amru ra.
160. Tamim bin Ya’ar bin Qais ra.
161. Abdullah bin Umair ra.
162. Zaid bin al-Marini bin Qais ra.
163. Abdullah bin ‘Urfutah ra.
164. Abdullah bin Rabi’ bin Qais ra.
165. Abdullah bin Abdullah bin Ubai ra.
166. Aus bin Khauli bin Abdullah ra.
167. Zaid bin Wadi’ah bin Amru ra.
168. ‘Uqbah bin Wahab bin Kaladah ra.
169. Rifa’ah bin Amru bin Amru bin Zaid ra.
170. Amir bin Salamah ra.
171. Abu Khamishah Ma’bad bin Ubbad ra.
172. Amir bin al-Bukair ra.
173. Naufal bin Abdullah bin Nadhlah ra.
174. ‘Utban bin Malik bin Amru bin al-Ajlan ra.
175. ‘Ubadah bin al-Somit ra.
176. Aus bin al-Somit ra.
177. Al-Nu’man bin Malik bin Tha’labah ra.
178. Thabit bin Huzal bin Amru bin Qarbus ra.
179. Malik bin Dukhsyum bin Mirdhakhah ra.
180. Al-Rabi’ bin Iyas bin Amru bin Ghanam ra.
181. Waraqah bin Iyas bin Ghanam ra.
182. Amru bin Iyas ra.
183. Al-Mujazzar bin Ziyad bin Amru ra.
184. ‘Ubadah bin al-Khasykhasy ra.
185. Nahhab bin Tha’labah bin Khazamah ra.
186. Abdullah bin Tha’labah bin Khazamah ra.
187. Utbah bin Rabi’ah bin Khalid ra.
188. Abu Dujanah Sima’ bin Kharasyah ra.
189. Al-Munzir bin Amru bin Khunais ra.
190. Abu Usaid bin Malik bin Rabi’ah ra.
191. Malik bin Mas’ud bin al-Badan ra.
192. Abu Rabbihi bin Haqqi bin Aus ra.
193. Ka’ab bin Humar al-Juhani ra.
194. Dhamrah bin Amru ra.
195. Ziyad bin Amru ra.
196. Basbas bin Amru ra.
197. Abdullah bin Amir al-Ba’lawi ra.
198. Khirasy bin al-Shimmah bin Amru ra.
199. Al-Hubab bin al-Munzir bin al-Jamuh ra.
200. Umair bin al-Humam bin al-Jamuh ra.
201. Tamim (maula Khirasy bin al-Shimmah) ra.
202. Abdullah bin Amru bin Haram ra.
203. Muaz bin Amru bin al-Jamuh ra.
204. Mu’awwiz bin Amru bin al-Jamuh ra.
205. Khallad bin Amru bin al-Jamuh ra.
206. ‘Uqbah bin Amir bin Nabi bin Zaid ra.
207. Hubaib bin Aswad ra.
208. Thabit bin al-Jiz’i ra.
209. Umair bin al-Harith bin Labdah ra.
210. Basyir bin al-Barra’ bin Ma’mur ra.
211. Al-Tufail bin al-Nu’man bin Khansa’ ra.
212. Sinan bin Saifi bin Sakhr bin Khansa’ ra.
213. Abdullah bin al-Jaddi bin Qais ra.
214. Atabah bin Abdullah bin Sakhr ra.
215. Jabbar bin Umaiyah bin Sakhr ra.
216. Kharijah bin Humayyir al-Asyja’i ra.
217. Abdullah bin Humayyir al-Asyja’i ra.
218. Yazid bin al-Munzir bin Sahr ra.
219. Ma’qil bin al-Munzir bin Sahr ra.
220. Abdullah bin al-Nu’man bin Baldumah ra.
221. Al-Dhahlak bin Harithah bin Zaid ra.
222. Sawad bin Razni bin Zaid ra.
223. Ma’bad bin Qais bin Sakhr bin Haram ra.
224. Abdullah bin Qais bin Sakhr bin Haram ra.
225. Abdullah bin Abdi Manaf ra.
226. Jabir bin Abdullah bin Riab ra.
227. Khulaidah bin Qais bin al-Nu’man ra.
228. An-Nu’man bin Yasar ra.
229. Abu al-Munzir Yazid bin Amir ra.
230. Qutbah bin Amir bin Hadidah ra.
231. Sulaim bin Amru bin Hadidah ra.
232. Antarah (maula Qutbah bin Amir) ra.
233. Abbas bin Amir bin Adi ra.
234. Abul Yasar Ka’ab bin Amru bin Abbad ra.
235. Sahl bin Qais bin Abi Ka’ab bin al-Qais ra.
236. Amru bin Talqi bin Zaid bin Umaiyah ra.
237. Muaz bin Jabal bin Amru bin Aus ra.
238. Qais bin Mihshan bin Khalid ra.
239. Abu Khalid al-Harith bin Qais bin Khalid ra.
240. Jubair bin Iyas bin Khalid ra.
241. Abu Ubadah Sa’ad bin Uthman ra.
242. ‘Uqbah bin Uthman bin Khaladah ra.
243. Ubadah bin Qais bin Amir bin Khalid ra.
244. As’ad bin Yazid bin al-Fakih ra.
245. Al-Fakih bin Bisyr ra.
246. Zakwan bin Abdu Qais bin Khaladah ra.
247. Muaz bin Ma’ish bin Qais bin Khaladah ra.
248. Aiz bin Ma’ish bin Qais bin Khaladah ra.
249. Mas’ud bin Qais bin Khaladah ra.
250. Rifa’ah bin Rafi’ bin al-Ajalan ra.
251. Khallad bin Rafi’ bin al-Ajalan ra.
252. Ubaid bin Yazid bin Amir bin al-Ajalan ra.
253. Ziyad bin Lubaid bin Tha’labah ra.
254. Khalid bin Qais bin al-Ajalan ra.
255. Rujailah bin Tha’labah bin Khalid ra.
256. Atiyyah bin Nuwairah bin Amir ra.
257. Khalifah bin Adi bin Amru ra.
258. Rafi’ bin al-Mu’alla bin Luzan ra.
259. Abu Ayyub bin Khalid al-Ansari ra.
260. Thabit bin Khalid bin al-Nu’man ra.
261. ‘Umarah bin Hazmi bin Zaid ra.
262. Suraqah bin Ka’ab bin Abdul Uzza ra.
263. Suhail bin Rafi’ bin Abi Amru ra.
264. Adi bin Abi al-Zaghba’ al-Juhani ra.
265. Mas’ud bin Aus bin Zaid ra.
266. Abu Khuzaimah bin Aus bin Zaid ra.
267. Rafi’ bin al-Harith bin Sawad bin Zaid ra.
268. Auf bin al-Harith bin Rifa’ah ra.
269. Mu’awwaz bin al-Harith bin Rifa’ah ra.
270. Muaz bin al-Harith bin Rifa’ah ra.
271. An-Nu’man bin Amru bin Rifa’ah ra.
272. Abdullah bin Qais bin Khalid ra.
273. Wadi’ah bin Amru al-Juhani ra.
274. Ishmah al-Asyja’i ra.
275. Thabit bin Amru bin Zaid bin Adi ra.
276. Sahl bin ‘Atik bin al-Nu’man ra.
277. Tha’labah bin Amru bin Mihshan ra.
278. Al-Harith bin al-Shimmah bin Amru ra.
279. Ubai bin Ka’ab bin Qais ra.
280. Anas bin Muaz bin Anas bin Qais ra.
281. Aus bin Thabit bin al-Munzir bin Haram ra.
282. Abu Syeikh bin Ubai bin Thabit ra.
283. Abu Tolhah bin Zaid bin Sahl ra.
284. Abu Syeikh Ubai bin Thabit ra.
285. Harithah bin Suraqah bin al-Harith ra.
286. Amru bin Tha’labah bin Wahb bin Adi ra.
287. Salit bin Qais bin Amru bin ‘Atik ra.
288. Abu Salit bin Usairah bin Amru ra.
289. Thabit bin Khansa’ bin Amru bin Malik ra.
290. Amir bin Umaiyyah bin Zaid ra.
291. Muhriz bin Amir bin Malik ra.
292. Sawad bin Ghaziyyah ra.
293. Abu Zaid Qais bin Sakan ra.
294. Abul A’war bin al-Harith bin Zalim ra.
295. Sulaim bin Milhan ra.
296. Haram bin Milhan ra.
297. Qais bin Abi Sha’sha’ah ra.
298. Abdullah bin Ka’ab bin Amru ra.
299. ‘Ishmah al-Asadi ra.
300. Abu Daud Umair bin Amir bin Malik ra.
301. Suraqah bin Amru bin ‘Atiyyah ra.
302. Qais bin Mukhallad bin Tha’labah ra.
303. Al-Nu’man bin Abdi Amru bin Mas’ud ra.
304. Al-Dhahhak bin Abdi Amru ra.
305. Sulaim bin al-Harith bin Tha’labah ra.
306. Jabir bin Khalid bin Mas’ud ra.
307. Sa’ad bin Suhail bin Abdul Asyhal ra.
308. Ka’ab bin Zaid bin Qais ra.
309. Bujir bin Abi Bujir al-Abbasi ra.
310. ‘Itban bin Malik bin Amru al-Ajalan ra.
311. ‘Ismah bin al-Hushain bin Wabarah ra.
312. Hilal bin al-Mu’alla al-Khazraj ra.
313. Oleh bin Syuqrat ra. (khadam Nabi s.a.w.)

Sungguh telah sampai riwayat pada kami telah berkata Abu Dzarr ra kepada Rasul saw : "Wahai Rasulullah.. seseorang mencintai suatu kaum namun tak mampu beramal seperti amal mereka", maka Rasul saw menjawab : "Engkau wahai Abu Dzarr akan bersama orang yg kau cintai", maka Abu Dzar berkata : "Aku sungguh mencintai Allah dan rasul Nya..!", maka Rasul saw menjawab : "engkau bersama yg kau cintai" (HR Shahih Ibn Hibban, Adabulmufrad Imam Bukhari, Musnad Ahmad dll)